pusat pengaian Al-Quran 
Al-Baghdadi Taman Permata
Kuala Lumpur
pusat pengaian Al-Quran 
Al-Baghdadi Taman Permata
Kuala Lumpur

Pusat Pengajian Al Quran Al Baghdadi di Taman Permata, Kuala Lumpur menyediakan pelajaran mengaji dan iqra untuk semua peringkat. Di sini, kita dapat belajar tentang al Quran dan cara yang betul untuk ngaji, memastikan pemahaman yang mendalam terhadap isi kandungan Quran.

Placeholder Page for Kelas Al Quran Al Baghdadi

Placeholder Page for Kelas Al Quran Al BaghdadiPlaceholder Page for Kelas Al Quran Al BaghdadiPlaceholder Page for Kelas Al Quran Al Baghdadi

Pusat Pengajian Al Quran Al Baghdadi di Taman Permata, Kuala Lumpur menyediakan pelajaran mengaji dan iqra untuk semua peringkat. Di sini, kita dapat belajar tentang al Quran dan cara yang betul untuk ngaji, memastikan pemahaman yang mendalam terhadap isi kandungan Quran.

Placeholder Page for Kelas Al Quran Al Baghdadi

Placeholder Page for Kelas Al Quran Al BaghdadiPlaceholder Page for Kelas Al Quran Al BaghdadiPlaceholder Page for Kelas Al Quran Al Baghdadi

Tentang Kami

Al Quran di Bumi Taman Permata

Sejak tahun 2014, kami komited membantu masyarakat Taman Permata dan sekitarnya mendekati Al-Quran dengan cara yang mudah, tenang dan menyeronokkan. Di sini, kami menggunakan Kaedah Al Baghdadi, iaitu pendekatan “baca ramai-ramai, ustaz tak tanya soalan” untuk mengaji Al-Quran. ✅ Lengkap Dengan Kemudahan Lift ✅ Berhawa dingin dan kelas selesa ✅ Pelbagai pilihan kelas ✅ Bimbingan ustaz secara santai dan tersusun. Kaedah Al Baghdadi terbukti berkesan membantu pelajar lebih yakin, cepat lancar membaca Al-Quran dan tidak mudah putus asa. Kami percaya — setiap orang boleh mengaji Al-Quran, asalkan diberi bimbingan dengan cara yang betul dan suasana yang positif.

wasap kami

Pusat Kami

Program yang kami anjurkan

Kelas Al Quran Dewasa

Kelas Al Quran Kanak-kanak

Kelas Al Quran Kanak-kanak

A diverse group learning in a classroom with a teacher at the front.

Kelas Al Quran dimulakan dengan asas mengenal huruf, diikuti dengan Tajwid, dan seterusnya Talaqqi Al Quran. Dalam kelas ini, anda akan belajar mengaji melalui sesi Iqra yang diadakan sekali seminggu selama 2 jam. Terdapat pilihan sesi pagi dari 10 hingga 12 tengahari dan sesi malam dari 8.30 hingga 10.30 malam.

Info Kelas Dewasa

Kelas Al Quran Kanak-kanak

Kelas Al Quran Kanak-kanak

Kelas Al Quran Kanak-kanak

Students attentively attending a classroom lecture with a teacher at the front.

Kelas Al Quran ini dimulakan dengan asas mengenal huruf, diikuti dengan Tajwid, dan diakhiri dengan Talaqqi Al Quran. Kelas mengaji ini diadakan sekali seminggu selama 1.5 jam, dengan sesi malam dari 8.15 hingga 9.45 malam. Melalui program ini, pelajar akan belajar Iqra dan menguasai bacaan Quran dengan baik.

Info kelas kanak2

Transit Al Quran

Kelas Al Quran Kanak-kanak

Kelas Al Quran Kanak2 Harian

Children studying attentively in a classroom with blue walls and wooden desks.

Program Al Quran sebelum dan selepas waktu persekolahan dengan penumpuan kepada Al Quran, mengaji, hafazan, dan solat. Agar waktu tersebut terisi dengan aktiviti baik seperti iqra yang sesuai untuk ibubapa yang bekerja.

Info Transit Al Quran

Kelas Al Quran Kanak2 Harian

Kelas Al Quran Kanak2 Harian

Students in a classroom learning Arabic script from a teacher at the whiteboard.

Kelas mengaji Al Quran harian diadakan dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang setiap sesi petang untuk pelajar sekolah rendah yang ingin belajar membaca Iqra dan memahami Quran.

Info kelas quran harian

Kelas Hafazan

A diverse group learning in a classroom with a teacher at the front.

Kelas hafazan surah-surah pilihan dari al quran seperti Surah Al Mulk, As Sajada, Al Waqiah dan lain-lain. Kelas ini mempunyai dua jenis, iaitu kelas dewasa dan kanak-kanak, yang bertujuan untuk mengaji dan iqra dengan lebih mendalam.

info kelas hafazan

Kem Cuti Sekolah

Students in a classroom raising their hands, engaged in a lesson.

Program Cuti sekolah ini menawarkan banyak modul yang dapat membantu anak-anak dalam mengaji, termasuk pelajaran al Quran dan iqra, semasa cuti sekolah.

Info kem cuti sekolah

Testimoni

Nikmat Hadir Kelas Al Quran

Nikmat Hadir Kelas Al Quran

Nikmat Hadir Kelas Al Quran

Bersyukur sangat dapat belajar mengaji di Al Baghdadi Taman Permata. Persekitaran yang tenang dan selesa dengan teknik pengajaran dari ustad dan ustazah yang berpengalaman. Tak perlu malu dan risau kerana kaedah belajar di sini adalah dengan membaca Al Quran secara berkumpulan dan ustaz tidak akan tanya soalan.


Dulu, saya membaca Al Quran tanpa sedar banyak kesilapan bacaan. Di sini, kita tidak kejar khatam satu Al Quran, tetapi lebih menitikberatkan surah-surah penting untuk perlindungan dari azab kubur dan akhirat nanti.


Alhamdulillah, saya sudah khatam surah Al Mulk dan As Sajdah. Sebak rasanya bila dah boleh baca surah Al Mulk dengan lancar.


Terkesan dengan slogan: "Antara CABARAN besar adalah DATANG kelas Al Quran. NIKMAT yang paling besar adalah HADIR kelas Al Quran."


Bila usia meniti 50an ni, apa lagi yang perlu dikejar sedangkan kematian laju mengejar kita. Manfaatkanlah masa yang ada untuk saham akhirat kita.

Beranikan Diri Belajar

Nikmat Hadir Kelas Al Quran

Nikmat Hadir Kelas Al Quran

Sebelum ini, saya memang tidak boleh mengaji, hanya sekadar kenal huruf sahaja. Namun kini, alhamdulillah, saya sudah boleh mengaji dan bahkan sudah khatam Al-Quran di Al-Baghdadi Tmn Permata.


Semua ini bermula apabila saya beranikan diri mendaftar untuk belajar mengaji di Al-Baghdadi Tmn Permata pada tahun 2020 (usia pun dah 47 tahun tetapi masih tidak boleh ngaji 😞). Awalnya, saya belajar Iqra (yang menggunakan kayu ketuk-ketuk 😅). Teknik ini membuatkan saya rasa seronok untuk belajar dan yang lebih utama, saya mudah faham apa yang disampaikan oleh ustaz/ustazah.


Setelah tamat pengajian Iqra selama 3 bulan, saya meneruskan pembelajaran (juga di Al-Baghdadi Tmn Permata) ke peringkat seterusnya, iaitu Tajwid. Dengan cara teknik dan pengajaran yang mudah untuk difahami serta pendekatan praktikal oleh ustaz/ustazah, saya dapat mengaji dengan sebutan yang betul.


Kini, saya masih lagi pelajar di Al-Baghdadi Tmn Permata dan sedang belajar di peringkat Talaqqi Am. Selain itu, saya juga mengikuti kelas Tawajid (kelas ustaz Khairul) sebagai ulangkaji untuk memperbaiki sebutan makhraj huruf agar lebih tepat bacaannya serta mengingati hukum-hukum tajwid pada ayat-ayat Al-Quran. Sebagai pelajar, saya dapat mengikuti kelas ini secara percuma sahaja (terima kasih kepada Al-Baghdadi Tmn Permata kerana tidak lokek ilmu 😁).


Apa yang membuatkan saya suka belajar di sini adalah kerana saya merasakan keikhlasan tenaga pengajar yang sangat komited dengan tahap kesabaran yang tinggi ketika mencurahkan ilmu serta teknik pengajaran yang mudah, santai dan praktikal. Ini menjadikan ilmu yang dicurahkan dapat sampai dengan mudah kepada pelajar-pelajar termasuklah saya.


Saya berharap agar seluruh tenaga pengajar di Al-Baghdadi Tmn Permata meneruskan cara pengajaran sedia ada agar lebih ramai orang di luar sana dapat membaca Al-Quran. Doa saya agar Al-Baghdadi akan terus makmur dan menjadi asbab kepada ramai orang boleh membaca Al-Quran. Aamiin.

Refreshing dan happening

Nikmat Hadir Kelas Al Quran

Refreshing dan happening

Alhamdulillah.... kelas percuma yang saya ikuti sangat berkesan. Ia benar-benar refreshing dan happening. 


Testimoni.


Saya tinggal di Rantau N9... 


Sudah lama saya tahu tentang kaedah Al Bagdadi ini, tetapi belum tergerak hati untuk mengikuti kelas mengaji. Ntah bagaimana, saya diajak untuk mengikuti kelas tajwid di Albagdadi di TTJ ... Awalnya, saya hadir ke pejabat itu, tetapi hati saya belum sudi menerima pelawaan ustaz dan ustazah di situ.


Pulang ke rumah sambil bergurau dengan suami, saya menyatakan hasrat untuk belajar agama dan mengaji. Dia pun memberikan kebenaran, tetapi katanya carilah di kawasan berdekatan dengan rumah di Keramat AU. Senang untuk ulang alik... sambil menemani si bongsu.


Maka saya pun hadir ke pejabat Albagdadi yang terletak di atas kedai restoran Nasi Vanggey atau kedai perabot. Namun, kedai itu asyik berkunci. Hingga satu hari, saya ternampak lokasi baru yang juga berada di deretan kedai yang sama. Alhamdulillah. Sekarang sudah pindah ke lokasi yang lebih selesa dan ada parkir yang fleksibel. Ada lift lagi.


Saya mendaftar untuk kelas Tahmid terlebih dahulu. Setelah Tahmid, saya terus ke kelas tajwid dan sekarang mengikuti Talakki Am. Sudah setahun setengah saya di sini.


Awalnya memang blur-blur saja... lintang pukang ketukannya. Maklumlah, kelas yang dihadiri itu terdiri daripada penuntut yang sudah menjadi pesara atau warga purba. Kami dikenali dengan *kpop.


Alhamdulillah... berkat sabar dan tekun, saya dapat mengenali makhraj dan lontaran suara harakatnya. 


Maklumlah, warga purba ini, slow sikit penangkapan terhadap sebutan dan tanda-tanda yang perlu dikenali dalam mengaji.


Moga saya istiqamah dalam pembelajaran Al-Quran ini.


Oh ya... setiap Selasa petang, saya bermusafir dari stesen Sg Gadut hingga KL Sentral dengan KTM Komuter. Dari KL Sentral, saya ke Sri Rampai dengan LRT Putra. Anak akan pick up dari situ untuk pulang ke rumah di AU3 ... demi kelas malam Selasa dan Rabu pagi dan malam.


Dengan usia 63 tahun ini, saya diberi kekuatan untuk melangkah dengan segak dalam mencari Al-Quran sebagai teman rapat.


Saya sebagai pendosa tegar percaya akan dosa dan pahala. Buruk dan baik amalan kita hanya kita yang tahu akan keikhlasannya.


Terima kasih kerana sudi membaca.

Ruang Untuk Menyumbang

Sumbangan Pengurusan

Sumbangan Kos Pemasangan Banner

Sumbangan Pengurusan

Membantu bagi pengurusan centre dalam membayar kos operasi sambil mempromosikan aktiviti mengaji al Quran dan iqra.

Klik untuk menyumbang

Yuran Asnaf

Sumbangan Kos Pemasangan Banner

Sumbangan Pengurusan

Membantu membayar yuran bagi pelajar yang kurang berkemampuan untuk belajar Al Quran, mengaji, dan Iqra.

Klik untuk menyumbang

Sumbangan Kos Pemasangan Banner

Sumbangan Kos Pemasangan Banner

Sumbangan Kos Pemasangan Banner

Membantu dalam kos membina signboard Banner di hadapan Centre untuk mempromosikan kelas mengaji al Quran dan iqra.

Klik untuk menyumbang

Hubungi Kami

Isi Borang di bawah untuk kami hubungi anda

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

Lagi baik, kita berbual dengan menggunakan wasap

Boleh bertanyakan maklumat mengenai al Quran dan cuba kelas iqra kami dengan percuma untuk belajar mengaji atau ngaji.

Message us on WhatsApp

Kelas Al Quran Al Baghdadi Taman Permata

5A, Persiaran Taman Permata, Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur

0178272754 mengajitamanpermata@gmail.com

Hours

Open today

09:00 am – 05:00 pm

Copyright © 2025 Kelas Al Quran Al Baghdadi Taman Permata - All Rights Reserved.

Powered by

  • Home

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept